Ibrah dari Kekalahan Jerman

Jaringan tunggal yang menewaskan Jerman.

Gol!!!

Demikianlah sorakan satu dunia ketika ini. Piala Dunia, kembali lagi. Seawal tahun lepas lagi kehangatannya sudah terasa. Sekarang, bahangnya sudah menaik. Rata-rata peminat bola sepak, mahupun di Malaysia atau seluruh dunia, akan fokus kepada pasukan pilihan masing-masing dan mencanangkan kemenangan pasukan tersebut. Sedar tak sedar, kita pun telah dihanyutkan dengan isu Ummah ketika ini. Gara-gara bola sepak. Hanyalah permainan semata-mata. Tetapi ia mampu ‘menghilangkan’ seketika minda kita kepada Ummah, antaranya isu Palestin. Seperti dalam artikel yang lepas (boleh rujuk artikel ‘Dunia’ Menyokongmu), 31 Mei merupakan detik sejarah dunia yang memperlihatkan kepada kita ‘wajah’ sebenar rejim Zioni Israel. Namun, dalam sekelip mata, koloni barat telah pun melenyapkan keprihatinan orang Islam mengenai isu ini. Continue reading “Ibrah dari Kekalahan Jerman”

Advertisements

‘Dunia’ Menyokongmu!

Mereka sudah lama begini, adakah kita sedar selama ini?

Tersentak. Tergamam. Tersedar.

Demikianlah yang berlaku kepada seluruh bangsa Dunia semenjak dua minggu yang lepas. Sebelum ini, kebanyakan bangsa Dunia lena di buai mimpi, terleka dengan keseronokan sementara, dan kita semua seakan-akan terlepas pandang kepada mereka. Palestin… Di sana telah terbuktinya kepada kita tentang muka sebenar suatu bangsa. Bangsa yang kononnya mengaku sebagai bangsa yang bertamadun di atas dunia ini. Namun, segala-galanya terserlah pada 31 Mei 2010, yang berlaku di perairan antarabangsa, 64 KM dari pantai Israel!

Akan tetapi, sebenarnya kebiadapan bangsa ini sudah pun berlaku lebih enam dekad yang lalu, setelah penaklukan haram oleh tentera Israel pada tahun 1948, selepas perang Arab-Israel. Ketika itu, semuanya bisu. Seakan-akan membenarkan perbuatan terkutuk bangsa ini terhadap bangsa yang tidak berdosa, malah bangsa yang tidak berdosa ini telah di halau keluar dari negara mereka sendiri, yang sememangnya ‘Halal’ untuk mereka duduki! Pembunuhan, dan terusnya berlaku pembunuhan kejam ke atas bangsa tidak berdosa ini telah di beri lampu hijau oleh kuasa besar dunia. Amerika senyum tak terkata, apatah lagi si Israel yang terus mengayun ‘pedangnya’ untuk membantai bangsa ini!

Terus Membantu Mereka!

Namun, 31 Mei 2010 telah memperlihatkan kepada kita bahawa seluruh dunia ‘terbuka’ mata mereka, ‘terbuka’ dengan sebesar-besarnya pada pandangan mereka. Konvoi bantuan “Life Line 4 Gaza” yang menggunakan Kapal Kargo untuk menghantar bantuan ke Gaza telah diserang. Siapa yang berada dalam kapal tersebut? Hanyalah konvoi sukarelawan yang LANGSUNG TIADA KEPAKARAN DALAM KETENTERAAN (Apatah lagi ingin membawa senjata api!?) di atas kapal tersebut. Sukarelawan yang telah membulatkan hati mereka untuk membantu saudara-saudara seagama mereka yang terkepung dek Penjara Terbuka yang terbesar di dunia! Disebabkan ‘kepandaian’ bangsa bertamadun ini, mereka bertindak atas sebab ‘Self-Defense’ (Mempertahankan Diri- bukankah mempertahankan diri itu apabila diserang?). 9 orang terkorban dan 30 orang yang lain cedera kerana ‘kepandaian’ mereka itu. Semuanya adalah SUKARELAWAN. Seluruh Dunia bangun dan mengutuk ‘Self-Defense’ ini!

Sekarang, seluruh Dunia tahu akan kebiadapan mu, wahai bangsa Israel!

Sebagai seorang Muslim, yang banyak kelemahan, yang lupa akan saudaranya di sana, teruslah sokongan mu kepada mereka. Kesedaran yang sudah lahir dalam dirimu itu, biarkanlah ia mengalir sentiasa. Selaju aliran darah dalam badanmu. Ya, mungkin pada mulanya kita tidak pernah terdetik pun nak mengetahui fasal saudara kita di luar sana- sekarang, berjinak-jinaklah dengan perkhabaran daripada mereka. Gunakanlah segala kecanggihan teknologi sekarang untuk mengetahuinya. Ya, mungkin juga kita dahulu tidak pernah rasa bersalah pun untuk membeli produk-produk yang seratus peratus di yakini mereka memberi sumbangan kepada bangsa Israel dalam menjalankan agenda mereka- tapi sekarang, biarkanlah rasa benci dan marah kepada bangsa Israel ini, secara sedikit-sedikit untuk tidak membeli produk yang menyokong mereka. Mula lah membeli produk yang dibuat oleh bangsa kita sendiri, umat kita, umat Islam! Ya, saya sendiri tidak pernah terelak dari melakukannya perkara-perkara di atas. Namun, atas kesedaran dan yang utama atas kepercayaan Iman kita, kita mengorak langkah untuk menjadi Muslim yang sejati, merobah diri agar beransur-ansur mengalir perubahan diri kita untuk menjadi hamba-Nya yang membantu agama-Nya, agama Islam!

“Hai orang-orang beriman, jadilah kamu penolong (agama) Allah sebagaimana Isa ibnu Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia: ‘Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?’ Pengikut-pengikut yang setia itu berkata: ‘Kamilah penolong-penolong agama Allah’, lalu segolongan dari Bani Israil beriman dan segolongan lain kafir; maka kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang”. ( Ash-Shaff: 14 ).

MOHD NOR ADZIM BIN SHAARI

MAHASISWA TAHUN TIGA

FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

Kami Umat Gemilang!!!

Kami menyokong anda, wahai saudaraku!
Kami menyokong anda, wahai saudaraku!

“Kamu (umat ISLAM) adalah umat terbaik yang di lahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang ma’ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah…” ( Ali-Imran: 110 ).

Ayat di atas membuktikan kepada kita bahawa kita umat yang terbaik, umat yang gemilang di turunkan Allah kepada manusia. Dalam isu Palestin, umat Islam bersatu menyatukan satu suara…

Umat Islam bersatu menyokong saudara-saudaranya.

Umat Islam bangun menentang kezaliman.

Umat Islam tersedar dari lamunan tidur.

Dan ini semua membuktikan kepada kita bahawa kita umat yang Gemilang dan akan terus Gemilang. Continue reading “Kami Umat Gemilang!!!”

Jom Boikot Barangan ISRAEL!!!

boikotAyuh saudaraku!

Jika kita tidak mampu bersama mereka di Palestin untuk mengangkat senjata, maka mari kita bersama mengankat duit kita keluar dari menyumbang ke sumber kewangan yang membantu Zionis ISRAEL ini! Inilah yang kita mampu lakukan sekarang selain dari menyumbang kewangan atau makanan kepada mereka, rakyat Palestin. Inilah yang kita mampu memberi kesan kepada Zionis ISRAEL yang menggunakan kewangan daripada orang ISLAM sendiri untuk membunuh saudara-suadara kita di Palestin. Mari bersama hentikan segala sokongan kita terhadap produk-produk yang menyokong ekonomi ISRAEL!

Ayuh kita LAKUKAN!!!

Rapat Umum: Selamatkan GAZA

poster-rapat-web-350Assalamualaikum dan Salam Keamanan!

Ayuh semua, mari kita meramaikan Rapat Umum: Selamatkan Gaza anjuran Aman Palestin Berhad di Stadium Melati. Mari bersama memprotes tindakan zionis Israel ke atas penduduk Gaza yang telah mengakibatkan kematian hampir 800 orang sehingga kini dan 2000 orang cedera. Mari kita serlahkan kepedulian kita kepada saudara kita yang sedang berjuang mempertahankan bumi Anbia’ , tidak kira muda atau tua, lemah atau kuat, mereka semua bersama mempertahankan bumi penuh berakah yang menjadi tanah suci ketiga ummat Islam. Bahkan kita, yang dalam keadaan aman dan damai ini sepatutnya bersama menyokong mereka dengan berbagai bantuan kepada mereka. Ketahuilah bahawa balasan kita ini akan di balas oleh Allah s.w.t di akhirat sana.

Allahuakbar! Allahuakbar!! Allahuakbar!!!

Di Mana Kamu?

gazastrip

Di mana kamu wahai pemuda ISLAM?

Di mana kamu wahai pembela UMMAH?

Di mana kamu? Ketika kami memerlukan kamu!

Di mana kamu? Ketika kami di himpit kepungan peluru dan bom yang meratah kami!

Di mana kamu? Ketika engkau adalah harapan kami!

DI MANA KAMU?

300021362_e314677171

Pemuda yang di cari untuk membuka kami ke pintu kebebasan…

Pemuda yang menegakkan kebenaran hingga ke titisan darah yang terakhir…

Pemuda yang melindungi kami dari hujanan peluru dan roket yang tidak kenal keadaan kami…

Pemuda yang berjuang habis-habisan dalam memastikan musuh ISLAM laknatullah hapus dari muka bumi ini!!!

Pemuda yang di hiasi Aqidah yang sohih, ibadah yang benar dan akhlak yang baik…

Di mana kamu? Di mana kamu? Di mana kamu?

 

 

MOHD NOR ADZIM BIN SHAARI

MAHASISWA TAHUN DUA

FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

Malam Air Mata Palestin


Malam Air Mata Palestin (MAP08)

” Sesiapa yang tidak mengambil berat tentang keadaan umat Islam, dia bukan dari kalangan umatku”. (Hadis)

Palestin! Tanah buat umat Islam. Tanah yang di janjikan oleh Allah s.w.t kepada umatNya. Tanah yg mana tiga agama menganggap sebagai tanah yg suci. Islam, Kristian, dan Yahudi. Tanah yg mana lahirnya Para Anbia’ yg menyeru kepada jalan kebenaran. Selain itu, merupakan Qiblat pertama umat Islam dalam menunaikan kewajipan Solah kepadaNya. Maka, terbuktilah Palestin merupakan tanah yg istimewa, yg mulia dan yg di berkahi oleh Allah s.w.t. Continue reading “Malam Air Mata Palestin”