Adakah kita ‘kenal’ erti Zuhud?

Adakah kita kenal apa itu ZUHUD?
Adakah kita kenal apa itu ZUHUD?

Dalam zaman moden ini, banyak berlaku kepincangan ilmu di kalangan umat Islam lebih-lebih lagi ilmu Agama. Ada di antara kita merasakan cukup sekadar mengetahui surface sesetangah istilah, kemudian digunakan atas kefahaman dirinya sendiri tanpa merujuk para Ulama’ yang thiqah serta kitab-kitab Muktabar. Sekiranya dia merasakan istilah itu tidak ‘kena’ dengan maksud yang sesuai dengan dirinya, maka dia akan tolak.

Antara istilah yang sering di salah tafsir ialah Zuhud. Kebanyakan manusia memahami Zuhud dengan meninggalkan dunia – totally! Dalam kitab Talbis Iblis (Dasyatnya Tipu Daya Iblis) menegaskan bahawa erti Zuhud bukan semata-mata kita menolak atau mencela dunia itu, atau meninggalkan tempat tinggal lalu pergi ke gunung untuk beribadah di sana dengan meninggalkan solat berjamaah atau juga solat Jumaat, atau meninggalkan ibunya yang amat memerlukan bantuan anaknya dalam menguruskan kehidupan hariannya – bukan itu maksudnya!

Hakikatnya, Ibnu Qayyim menegaskan bahawa Zuhud yang dicela ialah mengambil sebahagian dari dunia yang tidak dihalalkan, atau mengambilnya secara berlebih-lebihan, tidak menurut kadar keperluan serta tidak menurut hukum syarak.

Antara gambaran muslihat Iblis terhadap para Zuhud ialah:

  1. Enggan mendalami ilmu kerana sibuk dalam urusan Zuhud. Mereka merasakan zuhud tidak perlu ilmu yang mendalam untuk mempraktikkannya atau cukup dengan amalan zuhud tanpa ilmu akan menyelamatkannya. Meraka menganggap telah menggantikan sesuatu yang kurang baik (mendalami ilmu) dengan sesuatu yang lebih baik (zuhud). Padahal manfaat orang yang berilmu itu boleh disebarkan merata-rata. Berapa banyak pula orang yang berilmu mampu menuntun ahli ibadah kepada kebenaran?
  2. Mereka beranggapan bahawa yang disebut zuhud itu ialah meninggalkan perkara-perkara Mubah. Contohnya, seperti tidak mahu berpakaian cantik sedangkan dirinya mampu berbuat demikian, apatah lagi Baginda s.a.w cukup menyukainya. Ada juga yang hanya makan sedikit sangat sehingga menyebabkan tubuh badan kering kontang seperti mayat bernyawa! Baginda s.aw akan makan jika ada makanan, dan menahan lapar sekiranya tiada makanan.
  3. Mereka beranggapan juga bahawa zuhud adalah rasa puas dalam masalah makanan dan berpakaian semata. Namun, dalam masa yang sama mereka tidak mengawal nafsu mereka untuk berlumba-lumba mengejar jawatan besar atau kemasyhuran di hadapan masyarakat. Maka, mereka berpura-pura zuhud dengan menunjukkan rasa hormat terhadap penguasa atau orang kaya, namun orang yang miskin langsung tidak diendahkannya. Adakah ini Zuhud yang mereka pegang?

Ingat! Tubuh kita ini adalah kenderaan di atas dunia. Wajib dijaga, bahkan wajib menunaikan haknya. Seperti kereta kita, jika tidak dijaga maka akan cepat rosak dan sangkut di tengah jalan serta menyusahkan kita dalam memandunya. Zuhud bukanlah amalan untuk menyusahkan kita dalam mentaati Allah, bahkan maksud sebenar Zuhud untuk kita bersederhana dalam menaati-Nya.

Sekiranya anda ingin menjadi seorang yang Zuhud, belajar dan fahamilah ertinya, seperti mana yang telah ditegaskan oleh Ibnu Qayyim dalam kitabnya ini. Zuhud bukanlah kita menolak dunia seluruhnya secara mentah-mentah, apatah lagi mengambilnya melampau-lampau, namun dunia ini perlu diambil sekadarnya agar matlamat akhirat tidak dihalang olehnya.

Allahu’alam.

 

Rujukan:

1. Talbis Iblis : Dasyatnya Tipu Muslihat Iblis – Ibnul Qayyim Al-Jauzi.

Mohd Nor Adzim Shaari
Aktivis ISMA Seremban

Advertisements

Ramadhan bukan meLEMAHkan kita!

Jom cari Lailatul Qadr

“Dan sungguh, Allah telah menolong kamu dalam Perang Badar, padahal kamu dalam keadaan lemah. Kerana itulah bertakwalah kepada Allah, agar kamu mesnyukurinya.” ( Ali-Imran: 123 ).

Anda merasa lemah ketika berpuasa? Pernah anda hayati kisah agung di zaman Rasulullah s.a.w sewaktu Ramadhan mereka? Saya pasti sekiranya anda menghayati dan mengambil pelajaran darinya, anda akan merasa diri anda bukan lemah sebenarnya, cuma dipengaruhi pemikiran sempit di minda kita.

Alhamdulillah, sehingga hari ini kita masih di beri kurniaan yang sangat besar dalam kehidupan kita, iaitu Iman dan Islam. Sehingga hari ini juga, kita masih di beri kesempatan oleh Allah s.w.t untuk terus beribadah kepada Allah khususnya buat 10 malam terakhir di bulan Ramadhan. Ameen. Sesungguhnya menjadi tuntutan kepada kita untuk memberi sepenuh hati dalam ibadah kepada Allah dalam 10 malam terakhir. Ini bukan bermakna selepas berakhirnya bulan Ramadhan ini maka berakhirlah segala-galanya ibadah yang pernah kita lakukan dalam bulan Ramadhan ini. Akan tetapi, madrasah Ramadhan ini merupakan satu institusi khas yang melatih diri kita untuk terus istiqamah dalam mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Continue reading “Ramadhan bukan meLEMAHkan kita!”

Lama tak turun?

Bola, lambang kesatuan!

“Lama tak turun, adzim?”

Itulah perkataan pertama yang terdengar dek telinga saya ini ketika turun riadhah pada pagi Ahad yang lepas. Ya, sudah lama saya tidak turun untuk merenggangkan badan ini serta merapatkan ukhwah bersama-sama rakan seperjuangan. Dalam hati memang nak turun beriadhah selalu, tapi selalu tak jadi. Hurm, perlukan semangat yang kuat juga nak lakukan ini, lebih-lebih lagi kita turun beriadhah untuk memantapkan tubuh badan serta kesihatan untuk terus beridabah kepada Allah s.w.t. Hanya kerana Allah! Continue reading “Lama tak turun?”

Korban, apa ertinya bagi kita?

Erti korban, sejauh mana kita memahaminya?

Assalamualaikum warrahmatullahi wabarrakatuh kepada semua pembaca, apa khabar anda hari ini?

Alhamdulillah, segala syukur hanya kepada Allah kerana terus memberi kebenaran kepada kita untuk menghirup oksigen pada hari ini. Selawat dan salam untuk junjungan mulia kita, Nabi Muhammad s.a.w dan kepada sahabat baginda yang tidak pernah berputus asa dalam menegakkan ISLAM di seluruh dunia. Kita juga baru sahaja melepasi satu peristiwa agung tentang pengorbanan Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya yang tercinta, Nabi Ismail a.s. Peristiwa ini menjadi titik utama bagi kita sebagai umat ISLAM dalam memahami erti pengorbanan dalam kehidupan kita. Namun, sejauh mana erti pengorbanan tersebut bagi kita di Malaysia ini? Continue reading “Korban, apa ertinya bagi kita?”

Program Semai Kasih 2009: Memupuk Keprihatinan Sejagat

Program Semai Kasih 2009: Memupuk Keprihatinan Sejagat.
Program Semai Kasih 2009: Memupuk Keprihatinan Sejagat.

“Siapa yang tidak mengasihi manusia, tidak dikasihi Allah” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Ramadhan adalah bulan pesta, pesta untuk hamba-hambaNya beribadah. Namun, masih ada hambaNya yang tidak mengambil peluang yang luas ini. Apa yang menyedihkan kepada kita ialah ada segelintir masyarakat kita tidak menghormati akan kemuliaan bulan ini dengan mengadakan ‘pesta-pesta’ yang bertentangan dengan syara’! Hal ini telah menimbulkan kebimbangan kepada diri saya sebagai hambaNya terhadap umat ini… Continue reading “Program Semai Kasih 2009: Memupuk Keprihatinan Sejagat”

Ahlan Ya Ramadhan!

Kami sangat menantikanmu!
Kami sangat menantikanmu!

Assalamualaikum w.b.t kepada semua pengunjung..

Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t kerana masih memberi peluang kepada saya untuk menulis dan kekal dalam bidang penulisan ini. Walaupun tidak selalu menulis, namun keinginan yang berterusan telah memberi peluang kepada saya untuk kembali mengasah bakat dalam penulisan. Kepada teman dan pengunjung yang setia, saya mohon maaf kerana tidak dapat mengeluarkan isu yang baru pada setiap minggu atau setiap hari, saya minta maaf. Saya akan cuba perbaiki diri saya. Hurm, dalam masa yang panjang tidak menulis, banyak input yang diperolehi dan saya akan cuba menjadikan output kepada anda semua, insyaALLAH.

Ramadhan telah kembali dan kita seharusnya mengalu-alukan kedatangan bulan ini. Hal ini kerana terdapat banyak hikmah dan pengajaran serta ganjaran dalam bulan ini. Saya tidak berniat nak menulis atau menyenaraikan amalan-amalan yang afdhal dalam bulan ini, apa yang saya ingin katakan disini hanyalah mengajak diri saya sendiri dan anda semua untuk memanfaatkan Ramadhan kali ini dengan penuh keimanan dan ketaqwaan.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka akan diampunkan baginya dosanya yang telah lalu” (Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasai’e dan Baihaqi).

Ringkas dan mudah unjuran daripada Rasulullah s.a.w sendiri kepada kita. Tegakkan Ramadhan dengan keimanan dan keikhlasan agar ganjaran pengampunan daripada Allah s.w.t akan diperolehi oleh kita. Maka, Bangkitlah Kita! Melaksanakan Ramadhan sehabis baik pada tahun ini!

“Ramadhan tahun ini MESTI lebih baik dari Ramadhan yang lepas”

Selamat berIbadah semua!!!

MOHD NOR ADZIM BIN SHAARI

MAHASISWA TAHUN TIGA

FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

Taubat Nasuha: Taubat kepada Manusia

” Mengerjakan Taubat itu hukumnya wajib dari segala macam dosa. Jikalau kemaksiatan itu terjadi antara seseorang hamba Allah dengan Allah s.w.t sahaja, yakni tidak ada hubungannya dengan hak seseorang manusia yang lain, maka untuk bertaubat itu harus menepati tiga syarat iaitu: Pertama; hendaklah menghentikan sama sekali seketika itu juga dari kemaksiatan yang dilakukan, kedua; supaya merasa menyesal kerana telah melakukan kesalahan(kemasiatan) tadi dan ketiga; berniat tidak akan mengulangi perbuatan maksiat tersebut selama-lamanya. Apabila kemaksiatan itu ada hubungannya dengan sesama manusia, maka syarat-syaratnya itu ada empat macam, yaitu tiga syarat yang tersebut di atas dan keempatnya ialah supaya melepas-kan tanggungan itu dari hak kawannya. Maka jikalau tanggungan itu berupa harta atau yang semisal dengan itu, maka wajiblah mengembalikannya kepada yang berhak tadi, jikalau berupa dakwaan zina atau yang semisal dengan itu, maka hendaklah mencabut dakwaan tadi dari orang yang didakwakan atau meminta saja pengampunan daripada kawannya dan jikalau merupakan pengumpatan, maka hendaklah meminta penghalalang yakni pemaafan dari umpatannya itu kepada orang yang diumpat olehnya.”

Continue reading “Taubat Nasuha: Taubat kepada Manusia”