Jaulah Tarbiah- ke Utara lagi

Alhamdulillah. Masih diberi nyawa oleh-Nya untuk terus hidup.

28 Jun 2013, bermula satu lagi Jaulah (kembara) Tarbiah ke utara. Kali ini bersama para pemuda harapan negara dari Nilai. Rata-ratanya berumur 19-25 tahun. Objektif utama kali ini ialah memperkuatkan ukhwah sesama ahli serta mentadabbur alam ciptaan-Nya dan mengutip pengalaman Tarbiah daripada tok syeikh-tok syeikh yg sudah lama berjuang dalam medan ini.

Kami bertolak dalam pukul 11.15 malam dari Nilai. Dua(2) buah kereta telah dipenuhi oleh para pemuda ini- Alza dan Unser. SubhanaAllah, salah sebuah kereta yg dinaiki diberi pinjam tanpa syarat untuk dimanfaatkan sepanjang jaulah kali ini. Namun, budaya kita sebagai umat Islam, sangatlah dituntut untuk menjaga hak barang yg dipinjamkan kepada kita. ‘Ya Allah, engkau berkatilah kenderaan ini dalam kami mengagungkan-Mu.’

Sepanjang perjalanan itu, pelbagai perkara dibincang oleh para pemuda ini. Ada satu perkongsian menarik daripada Riduan Muhammad, seorang graduan di salah sebuah universiti di Amerika Syarikat (AS) menceritakan pengalaman beliau untuk mendapatkan & membuat tarbiah buat dirinya serta orang lain di sana. Katanya;

“Saya nak pergi ke Usrah selalunya ambil masa 9 jam untuk jumpa murobbi (pendidik) saya!Alhamdulillah, teknologi juga serba sedikit meringankan jurang ini. Jika bawak usrah pulak, ambil masa 4 jam nak sampai ke destinasi Mutarobbi saya tu” cerita beliau penuh semangat. Dan, beliau tidak pula memberi alasan jauh dan lama itu sebagai penghalang buat dirinya untuk beliau tidak ke usrah. Kita? Tanya Iman kita, dan renungilah sejenak.

Subuh hening di R&R Gurun telah menjadi saksi kami tiba di wilayah utara. SubhanaAllah! Ramai yg berhenti Solah Subuh berjamaah di sana. Sehinggakan melimpah ruah dari surau yg disediakan di R&R tersebut. Ini satu petanda yg baik. Dari kita melihat setiap manusia pada sudut negatif, eloklah kita pandang pada sudut positif pula. Kan ini juga baik?

Sinar cahaya di Kedah
Sinar cahaya di Kedah

Usai menunaikan Subuh, kami berehat sebentar. Recharge energy sat.. 7.00 pagi kami menyambung perjalanan kami ke Perlis- destinasi pertama yg dituju buat jaulah kali ini. Moga firman Allah s.w.t ini dapat dipenuhi kami sepanjang perjalanan ini;

“Katakanlah (Muhammad),’Berjalanlah atas muka bumi ini, kemudian perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yg mendustakan itu.” (Al-An’am: 11)

Dan kami tiba di Alor Setaq…juga

Geng Jaulah 2013.
Geng Jaulah 2013
Adzim Shaari
29 Jun 2013, Pejabat ISMA Perlis
Advertisements

Kembara Utara’12- Belajar untuk Terbaik!

akhi Azril, Aizat (PEMBINA UIAM), Muslim Abdullah Zaik (PEMBINA UIAM), aku bergambar sebelum bertolak.

Alhamdulillah, sampai juga aku di bumi Utara Malaysia- Kedah & Pulau Pinang.

Tujuan ke sana tidak lain dan tidak bukan untuk mengutip pengalaman amal Dakwah rakan-rakan di sana serta bertemu Qudama‘ Dakwah yg komited dalam urusan besar ini.

Aku, akhi Azril dan akhi Uzair berpeluang bertemu dengan ikhwah akhawat dari PEMBINA Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Satu kekaguman kepada mereka (Azril & Uzair) ialah sikap tidak kenal lelah dalam menyampaikan amanat Presiden PEMBINA serta membantu PEMBINA cawangan lain dalam memacu amal Dakwah belia di Utara. Kesungguhan mereka menjelaskan hala tuju, matlamat dan stand PEMBINA sebagai satu NGO Belia Islam yg utuh tidak pernah padam dalam diari minda mereka. Allahu Akbar!

Akhi Azril dan Uzair, tak lelah!

Belajar untuk Terbaik! adalah satu motto dalam perjalanan ini dalam mindaku. Sebagai seorang Muslim, juga Da’i Muda, pengalaman dalam perjalanan bersama dengan para Da’i senior sangat diperlukan dalam mengharungi Jalan Dakwah yg penuh liku-liku dan pusing-pusing sepanjang perjalanan. Barangsiapa yg tidak mengambil perhatian, maka boleh jadi dia akan terjerumus ke jalan yg lebih bahaya.

Dan, itulah yg sedang berlaku atas bumi Malaysia ini. Para Da’i bercakaran antara satu sama lain, tiada persepakatan dalam perkara asasi agama, menuduh sana sini, perpaduan semakin goyah! Masing-masing mahu memenangkan ideologi sendiri. Maka, puak-puak Liberal, Sosialis, Hak Asasi Manusia menyerang kita dari segenap arah. Mengambil peluang kelemahan kesatuan kita ini.

Aku terkenang kembali kata-kata Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman dalam Seminar Kewangan & Keusahawan Muslim (SKKM’12) yg lalu;

“Tak kisahlah PEMBINA ka, ISMA ka, IKRAM ka, ABIM ka, PAS ka, atau UMNO sekalipun..semuanya sama Matlamat- menuju Syurga Allah. Jalan atau Method sahaja yg berbeza,” ujar beliau.

Nah, tak bolehkah kita jadi yg Terbaik?! Sudah tentu boleh, asalkan jalan yg kita tempuhi adalah tidak bercanggah dengan syara’, tidak terkeluar dari panduan Al-Quran dan Al-Sunnah. Menjadi terbaik adalah sifat orang-orang Mukmin itu sendiri.

Anda terbaik?

“Kamu (umat Islam) adalah umat Terbaik yg dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yg makruf dan mencegah dari yg mungkar, dan beriman kepada Allah…” (Ali Imran;110).

Belia itu sendiri perlu tenangkan diri, semangat..semangat juga, tapi biarlah bertempat. Menjadi Terbaik tidak semestinya ada semangat sahaja, bahkan perlu ada ilmu dan kekuatan Ruhi yg utuh. Menenangkan emosi itu dengan amalan Ruhi juga penting. Bagi peluang minda kita berada dalam Rasional semula. Berfikir dengan tepat, berpandukan Al-Quran dan Al-Sunnah.

Ruang para belia Muslim untuk menyumbang kepada agama ini sangat luas, seluas-luasnya. Tidak hanya fokus pada sesuatu lapangan sahaja. Selagi mana ia tidak terkeluar dari landasan syara’, maka perjuangkanlah ia. Anda pandai menulis, tulislah tulisan Islami. Anda pandai menyanyi, senandungkan Nasyid dalam suaru mu. Anda pandai bersajak, penuhilah sajak itu dengan nasihat. Semua kita berperanan, tidak perlu menjatuhkan satu sama lain, bahkan ia merugikan antara kita nanti.

Aku yakin Islam kan menang nanti!

Mohd Nor Adzim Bin Shaari
@Nilai (11 Mei 2012)

Sakit

Aku sakit

Ya, aku yakin semua antara kita pernah sakit.

Dan demikianlah permulaan Ramadhan aku pada tahun ini. Sakit.

Maha suci Allah, Allah maha mengetahui tiap-tiap hamba-Nya. Pada Ramadhan yang keempat, aku ditakdirkan demam panas yang mencecah 39C. Panas dan menggigil. Pada mulanya aku hanya menyangka demam biasa. Makan ubat demam dan selesai. Namun, jangkaan aku meleset. Continue reading “Sakit”

2011.01.01

Kaki Gunung Angsi

Cantik bukan nombor di atas? Rasa-rasa apa yang anda lakukan ketika itu?

Menanam azam baru? ‘Family Day’ bersama keluarga? Menyambutnya dengan rakan-rakan di Dataran Merdeka?

Agak-agak ada tak dikalangan pembaca budiman sekarang, berjaya menakluk ‘gunung’ pada tarikh tersebut? Mungkin ada dan mungkin juga tidak.

Nombor di atas merupakan tarikh ‘cantik’ pada permulaan tahun 2011, setelah kita meninggalkan tahun 2010 yang penuh suka dan duka. Aku melihatnya pada perspektif berbeza (dan mungkin juga sama dengan anda). Ketika ini, pasti ramai di kalangan kita akan menanam azam yang begitu tinggi untuk tahun 2011 ini. Dan sudah pasti azam itu ialah untuk kebaikan diri sendiri. Tapi, pernahkah anda terfikir yang kita hidup di bumi Allah ini bukan hanya kita seorang sahaja? Kita ada ayah ibu, ada sanak saudara, kawan-kawan, guru-guru kita serta ramai lagi manusia yang hidup bersama atas muka bumi ini. Continue reading “2011.01.01”

Kembara ke Johor (Bahagian 2)

Julaibeeb dan Hazrin, senyuman yang akan ke Mesir.

Alhamdulillah, bertemu kita dalam bahagian yang kedua.

Perjalanan kami diteruskan selepas selesai bersalaman dan memberi kata-kata semangat kepada saudara Hazrin yang akan menyambung pangajian beliau ke Universiti Al-Azhar pada bulan Ogos ini. Kami bergerak keluar dari rumah saudara Hazrin pada pukul 2.50 petang dan menuju pula ke rumah saudara kami yang kedua iaitu saudara AD b. Satiman. Kali ini, kami akan memotong Johor untuk tiba di rumah AD. Memotong? Ya, hal ini kerana rumah Hazrin tadi berada di Mersing iaitu di sebelah tenggara Johor, berhampiran juga dengan Laut China Selatan, manakala rumah AD berada berdekatan dengan Selat Melaka. Jauh bukan? Tapi banyak panaroma yang boleh di saksikan. Continue reading “Kembara ke Johor (Bahagian 2)”

Kembara ke Johor (Bahagian 1)

Alhamdulillah, aku masih diberi kesempatan untuk meneruskan usaha kerdil aku ini. Sudah hampir sebulan aku tidak menulis dek kerosakan internet ku di rumah sewa di Nilai. Namun, atas kobaran hatiku yang tidak padam-padam dalam diriku, akan ku teruskan usaha kecil ini untuk anda semua.

Selama saat aku tidak menulis di alam maya ini, banyak kejadiaan dan ibrah yang ku perolehi dalam kehidupanku ini. Soal masa depan, kerja, nikah, dakwah, tarbiyyah, ukhwah, ummah dan macam-macam lagi yang menyelit dalam minda aku. Semua nya dalam satu kepala. Dan semua ini perlu ku susun, atur, agar perkara ini nampak kemas dalam minda. Tidak tergopoh-gopoh dalam mencapai semua perkara. Biarlah semua ini hadir satu persatu dan disempurnakan mengikut kesediaan aku menghadapi perkara tersebut. Continue reading “Kembara ke Johor (Bahagian 1)”

Secawan Teh, Setinggi Ukhwah

Secawan Teh

Hurm, sudah lama aku tidak menulis dalam bahagian ‘Kembara Kita’ ini. Mungkin sudah lama tidak merantau atau tiada kesempatan untuk menulis? Soalan ini semua hanya aku sahaja yang boleh jawab, sama ada untuk di ambil pengiktibaran atau di biarkan begitu sahaja. Apa-apa pun, aku kembali menulis dalam bahagian ini untuk berkomgsi ‘pengembaraan’ku di dunia ini. Tujuan hanya satu, untuk berkongsi pengalaman serta mengambil pengajaran yang terdapat dalam ‘pengembaraan’ ini. Continue reading “Secawan Teh, Setinggi Ukhwah”