An-Nahl: 11

Petunjuk buat semua manusia.
Petunjuk buat semua manusia.

“Dengan (air hujan) itu Dia menumbuhkan untuk kamu tanam-tanaman, zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berfikir” (An-Nahl: 11)

Renungan kita hari ini, dalam hari Ramadhan yang terakhir buat kita pada tahun ini. Ayat di atas menjelaskan kepada kita bahawa hanya Allah s.w.t yang berhak mengizinkan seluruh tumbuh-tumbuhan untuk hidup mahupun mati, bukan kita! Ramai di kalangan kita tidak sedar bahawa kekuasaan Allah sahaja yang mampu untuk memberi kehidupan kepada yang diizinkan oleh-Nya. Apatah lagi cuba menyalahkan benda atau perkara lain sekiranyan impian mereka itu tidak tercapai.

Sebagai manusia, kita hanya mampu untuk mengusahakan sahaja dengan tangan dan usaha diri kita sendiri. Malah, Rasulullah s.a.w sendiri pernah menyebut bahawa rezeki yang diusahakan oleh tangan atau diri sendiri adalah lebih baik dari rezeki yang diperoleh daripada orang lain. Kita juga banyak melihat contoh-contoh terbaik daripada kalangan orang-orang beriman dalam menguruskan rezeki mereka. Contohnya, Saidina Abdul Rahman Bin Auf, yang mana profesion beliau sebagai usahawan di pasar Madinah ketika zaman baginda s.a.w dan hasil yang diperolehi oleh beliau telah menunjukkan kepada kita bahawa seorang Muslim mampu melakukannya. Usaha yang menjadi ukuran bagi kita, bukan sebab lain.

Akhir sekali, dalam penciptaan Allah itu ada pengajaran bagi kita untuk memkirkan kebesaran-Nya, kekuasaan-Nya dan betapa kecilnya kita berbanding segala kekuasaan Allah di dunia ini.

Salam Ingatan buat semua…

MOHD NOR ADZIM BIN SHAARI

MAHASISWA TAHUN TIGA

FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

Advertisements

Surah An-Naba’ ( 1-16 )

Dengan nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

  1. Mengenai apakah mereka saling Tanya-menanya. ( 2 ) Mengenai berita yg agung. ( 3 ) Yg mereka perselisihkan mengenainya. ( 4 ) Tidak sekali-kali! Mereka bakal mengetahui. ( 5 ) Kemudian tidak sekali-kali! Mereka bakal mengetahui. ( 6 ) Tidakkah kami jadikan bumi itu sebagai hamparan. ( 7 ) Dan gunung-gunung sebagai pasaknya. ( 8 ) Dan Kami(Allah) jadikan kamu berpasang-pasangan. ( 9 ) Dan Kami jadikan tidurmu untuk istirehat. ( 10 ) Dan Kami jadikan malam sebagai pakaian. ( 11 ) Dan Kami jadikan siang untuk mencari sara hidup. ( 12 ) Dan Kami bina di atas kamu tujuh petala(langit) yg kukuh. ( 13 ) Dan Kami jadikan pelita(matahari) yg amat terang. ( 14 ) Dan kami turunkan dari awan air yg banyak tercurah. ( 15 ) Supaya Kami tumbuhkan dengan air itu biji-bijian dan tumbuh-tumbuhan. ( 16 ) Dan perkebunan berpohon rimbun yg lebat.

Surah An-Naba, berita yg besar. Saya mengutip tafsir ini dari Kitab Tafsir Al-Wadhih, ringkasan dari Kitab Tafsir yg Besar era ini, Fi Zilalil Quran( Di Bawah Naungan Al-Quran ). Kitab ini di karang oleh As-Syahid Syed Qutb. Oleh itu, mari kita ambil mutiara yg terkandung dalam kalamullah ini supaya menjadi peringatan kepada kita sepanjang hayat.

Surah An-Naba’: 1-16

Saya mengambil tafsir secara beransur dan beberapa ayat dari surah ini supaya kita mampu menghayatinya secara seluruh dan terus amalkan dalam kehidupan kita. Keseluruhan ayat ini di tafsir oleh As-Syahid Syed Qutb:-
Continue reading “Surah An-Naba’ ( 1-16 )”