Pertama adalah Iman

Iman adalah perkara Asas dalam kehidupan Mukmin (Gambar Hiasan)
Iman adalah perkara Asas dalam kehidupan Mukmin (Gambar Hiasan)

Mengapa Iman MESTI menjadi yang pertama? Mengapa ia tidak menjadi yang kedua? Adakah tanpa Iman, maka tiadanya Islam?

Iman bermaksud percaya atau menyakini sesuatu dengan benar melalui hati, lidah dan juga amalan. Ini sangat berharga dalam diri kita, terutama sebagai seorang Muslim. Dan sebab itulah mengapa Allah s.w.t mengarahkan kepada kita untuk masuk Islam dengan Iman;

“Wahai orang yang Beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya dan janganlah kamu turuti langkah-langkah Syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.” (Al-Baqarah: 208)

Allah menyeru kepada ‘wahai orang yg beriman’, bukan kepada ‘wahai sekalian manusia’ atau ‘wahai sekalian muslimin’, tetapi ditekankan ‘Wahai Orang yg Beriman’! Kita melihat suasana sekarang yang rata-ratanya sekadar nama Islam atas nama semata, namun ‘Iman’ dalam diri entah ke mana. Ini adalah prestasi Iman yang paling lemah sekali! Maka tidak hairanlah semakin ramai di kalangan orang Islam sendiri tidak teguh pendirian mereka terhadap agama. Rapuh dan Lemah!

Syed Qutb dalam kitab terulungnya, Fi Zilalil Quran menyatakan bahawa Iman adalah Anugerah Teragung daripada Allah kepada hamba-Nya. Tidak dapat dinafikan kenyataan ini apabila kita kembali mengenang peritstiwa keimanan para sahabat r.anhum yang memperoleh hidayah daripada-Nya, kemudian bertarung dan bertahan keimanan mereka daripada diceroboh oleh kaum Kafir Quraisy.

Maka, saranan buat kita yang mengaku sebagai Orang-orang yang Beriman;

1. Sentiasa perbaharui Iman dan Niat kita. Ingat matlamat utama kita diciptakan;

“Tidak Aku ciptakan Jin dan Manusia itu melainkan beribadah kepada-Ku” (Adz-Zaariyat: 56)

2. Tadabbur ayat-ayat Al-Quran yang berkait terus dengan ‘Wahai orang-orang Beriman’. Ayat ini selalunya adalah ciri-ciri yang Allah mahukan daripada seseorang yang mengaku beriman.

3. Genggam dan Istiqomahlah.  Bila kita sudah rasakan Iman di dada, pegang ia dengan utuh, kemudian istiqomah dengan amalan-amalan yang meningkatkan Iman kita.

Allahua’lam.

Mohd Nor Adzim Shaari
Aktivis ISMA Seremban

 

Advertisements

Apa Erti Saya Menganut Islam (Bahagian 8)

99 Nama-nama Allah

“Saya mestilah mempelajari dan berusaha untuk mengetahui nama-nama dan sifat-sifat yang layak bagi Allah”

Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah kerana masih diberi peluang untuk menghirup nafas segar di atas muka bumi ini. Selawat dan salam buat junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w, tauladan buat kita dalam setiap aspek kehidupan sebagai seorang Muslim. Salam juga buat para sahabat r.anhum, tabi’in, tabi’ tabi’in, para ulama’ serta umat Muslimin dan Muslimat dikasihi Allah sekalian. Moga kita semua sentiasa di bawah lembayung Rahmat dan Inayah-Nya di atas muka bumi ini- Ameen.

Saudara saudari sekalian,

Kita bersambung dalam siri ke-8 Apa Erti Saya Menganut Islam, buku yang dikarang oleh Al-Marhum Al-Fadhil Ustaz Fathi Yakan seorang pendakwah terkenal di era 21 ini. Untuk siri kali ini, al-Fadhil Ustaz menasihatkan kita agar mempelajari dan berusaha untuk mengetahui nama-nama dan sifat-sifat yang layak hanya bagi Allah s.w.t. Sudahkah kita menghafalnya, atau sekurang-kurangnya tahu sedikit sebanyak nama Allah?

Selama ini, kita lebih menghafal nama-nama artis terkenal tanah air, bahkan bukan itu sahaja, kita juga hafal artis itu dari mana, tinggal di mana, makanan kegemaran apa, hobi apa, dah kahwin ke belum, artis nie asyik kontroversi ka, pernah berlakon tak, dan bermacam lagi soalan yang begitu mendalam berkenaan artis tersebut namun kita tetap mampu menjawabnya. Akan tetapi, bagaimana pula dengan Tuhan pencipta kita? Sudahkah kita mengenali-Nya? Pernahkah kita cuba ber’taaruf’ dengan-Nya? Atau sudahkah kita hampir dengan-Nya dalam apa jua keadaan melanda kita?

Abu Hurairah r.anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:

“Allah mempunyai 99 nama, seratus kurang satu, tidak seorang pun yang menghafaznya kecuali beliau akan masuk syurga. Allah itu ganjil (yakni tidak genap) dan Allah menyukai perkara ganjil (tidak genap).” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Tahukah selama ini kita akan 99 nama Allah? Dan tahukah kita bahawa Allah amat menyukai perkara yang ganjil? Ayuh kita kaji sebentar;

  1. Penciptaan langit dan bumi, 7 lapisan petala langit dan 7 lapisan bumi.
  2. Kehamilan ibu, 9 bulan.
  3. Hari, ada 7 hari.
  4. Lailatu Qadr, ulama’ bersepakat mengatakan pada malam-malam ganjil.
  5. Peristiwa Hijrah, Nabi s.a.w berHijrah selepas 13 tahun berdakwah di Makkah..

Dan banyak lagi. Saya yakin kita sama-sama boleh cari dan apa yang penting ialah pemahaman kita dalam siri kali ini.

Kita secara realitinya, tidak ramai yang mengenali Allah secara dekat dengan nama dan sifat-sifatnya. Kita lebih mengenali orang lain dalam dunia ini berbanding Tuan kepada dunia ini. Ambil satu misalan, antara kita dengan Boss kita. Sebagai seorang pekerja bawahannya sudah pasti kita kena taat dan patuh pada segala arahannya. Jika nak naik pangkat atau dipandang oleh Boss kita, sudah tentu kita buat kerja dengan terbaik bukan? Bahkan bukan itu saja, kita akan cuba mengenali Boss kita secara sedikit demi sedikit bagi mengambil hatinya..

Seperti juga kita dengan Allah s.w.t, Tuhan kita. Tuan dunia ini. Bahkan aturan Allah itu lebih besar daripada hubungan pekerja dengan Boss. Cukup sudah kita mengenali Allah dengan sifatnya yang Al-Ghaffar (Maha Pengampun). Bayangkan jika kita dengan Boss, apabila kita lakukan kesalahan sudah pasti kita dipandang ‘lain’ oleh Boss kita. Namun bukan pada Allah. Allah sentiasa memberi ruang dan peluang buat kita untuk terus menerus memohon ampun daripada-Nya. Dia tidak menghukum secepat mungkin berbanding dengan Boss kita. Dia sentiasa mengharapkan diri kita untuk merendahkan diri di hadapan-Nya, memohon ampun daripada-Nya. Ada Boss kita buat begitu? Hanya segelintir sahaja.

Kesimpulannya saudara saudari sekalian, kenalilah Tuhan kita beserta sifat-sifatNya. Jadikan Ma’rifatullah (Kenal Allah) sentiasa berada dalam diri kita. Himpunan nama-nama Allah dan juga saranan daripada Baginda s.a.w tentang nama-nama Allah ini adalah untuk kita hampir kepada-Nya. Mengenali-Nya dengan penuh kasih sayang serta mencontohi seberapa banyak yang boleh akan sifat-sifat Allah ini. Bukankah sifat-sifat Allah itu yang Terbaik boleh kita ikuti?

WaAllahua’lam

Rujukan

1. Al-Marhum Al-Fadhil Ustaz Fathi Yakan. Maza ya’ni li intima’il Islam (Apa Erti Saya Menganut Islam). Pustaka Salam Sdn.Bhd.

MOHD NOR ADZIM BIN SHAARI
Pemangku Pengerusi
Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)
Cawangan Negeri Sembilan

Apa Erti Saya Menganut Islam (Bahagian 7)

Pilihan di tangan anda!

“Saya mestilah mengimani dan meyakini bahawa pensyariatan (penciptaan dan penggubalan) undang-undang adalah hak mutlak bagi Allah.”

Alhamdulillah, syukur tidak terhingga kepada Allah s.w.t kerana dengan izin dan rahmat daripada-Nya, kita terus diberikan kehidupan dan nyawa untuk beribadah kepada-Nya. Maka, manfaatkanlah sebaik-baiknya peluang ini dalam kehidupan kita. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia kita, Nabi Muhammad s.a.w, contoh tauladan dalam membentuk diri kita menjadi Mukmin yang sejati. Salam juga ke atas keluarga baginda s.a.w, para sahabat r.anhum yang tidak pernah memandang ke belakang pabila menerima hidayah-Nya, tabi’in dan tabi’ tabi’in yang setia menyampaikan pesanan baginda s.a.w hingga kepada kita. Continue reading “Apa Erti Saya Menganut Islam (Bahagian 7)”

Apa Erti Saya Menganut Islam (Bahagian 6)

Pilihan di Tangan anda!

“Saya mestilah mengimani dan meyakini bahawa manusia itu dapat dan boleh mencapai kebaikan dan kejahatan melalui daya usaha, ikhtiar dan kehendaknya. Tetapi sungguhpun demikian pada hakikatnya saya tidaklah dapat mencapai kebaikan kecuali dengan taufik serta pertolongan Allah. Begitu juga saya tidak akan terjerumus ke dalam kejahatan kecuali dengan kehendak Allah. Semua ini adalah dalam lingkungan izin dan kehendak Allah”.

Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga kepada Allah s.w.r, empunya dunia ini, tuhan yang satu dan satu-satunya yang layak disembah-tiada tuhan selain Allah- oleh kita sebagai hamba-Nya di dunia ini. Walaupun kita dihimpit dengan kesibukan dunia sekalipun, luangkanlah masa untuk mengingatinya kerana Dia lah yang menguasai segala-galanya di dunia ini. Selawat dan salam ke atas junjugan besar kita, tauladan yang cukup sempurna, Nabi Muhammad s.a.w yang telah meninggalkan pelbagai petunjuk bagi kita ikuti. Sesungguhnya tiada insan yang lebih sempurna melainkan baginda s.a.w. Tidak lupa juga ucapan salam ke atas keluarga baginda s.a.w, sahabat r.anhum yang tidak pernah jemu membantu baginda rasul s.a.w dan para tabi’in serta tabi’ tabi’in yang masih menjadi contoh sepanjang zaman oleh ummah Islam di seluruh dunia.

Saudara sekalian,

Sekali lagi kita dapat bertemu dalam perbincangan kita mengenai sebuah tajuk buku iaitu Apa Erti Saya Menganut Islam yang dikarang oleh Al-Fadhil Ustaz Fathi Yakan. Setelah kita memenuhi dada kita dengan ilmu dari siri-siri yang lalu, mari kita terus meningkatkan keimanan dan keyakinan kita terhadap agama kita ini. Seperti mana tulisan Al-Fadhil di atas, kita seharusnya mempercayai bahawa hanya dengan usaha daripada diri kita sendiri yang mampu mengarah kehidupan kita ke jalan kebaikan mahupun kejahatan. Ya, hanya dengan kesungguhan daripada diri kita! Akan tetapi, kita juga perlu meyakini bahawa hakikat untuk memperoleh kebaikan itu hanyalah hak mutlak daripada Allah sahaja. Hidayah dan taufik daripada Allah sahaja yang mampu menolong kita, bukan makhluk lain. Sama juga dengan kejahatan. Kita hanya akan terjerumus ke dalam lembah kesesatan dan kejahatan hanyalah dengan izin Allah. Continue reading “Apa Erti Saya Menganut Islam (Bahagian 6)”

Apa Erti Saya Menganut Islam (Bahagian 5)

” Saya mestilah mengimani dan meyakini bahawa syurga adalah balasan dan ganjaran bagi mukmin yang taat. Neraka pula adalah balasan dan ganjaran siksaan bagi orang-orang kafir”.

Pilih yang mana?

Alhamdulillah, syukur tidak terhingga kepada Allah s.w.t kerana masih memberi ruang dan waktu untuk saya menyambung perbincangan kita dalam siri Apa Erti Saya Menganut Islam ini. Sesunggunnya tidak dapat dibandingkan kekuasaan-Nya dengan kekuasaan yang ada pada manusia, kerana Dia lah mencipta kita dari ‘air yang kotor’. Selawat dan salam ke atas junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w, teladan kita sepanjang zaman dalam semua perkara di atas muka bumi ini. Salam juga kepada ahli keluarga baginda s.a.w, sahabat r.anhum yang tidak pernah luntur semangat mereka untuk menyebarkan Islam ini di seluruh pelosok dunia, tabi’in dan tabi’ tabi’in yang kekal segar dalam ingatan ummah Islam hari ini.

Saudara sekalian,

Menjadi lumrah dalam kehidupan kita akan ada yang baik dan akan ada yang buruknya. Sama seperti dengan golongan manusia di muka bumi ini. Ada yang baik, ada yang jahat. Tidaklah mencabar kehidupan ini sekiranya yang ada di atas muka bumi hanyalah golongan yang baik sahaja atau di atas muka bumi hanya golongan perosak serta jahat di muka bumi ini. Pastilah kehidupan di dunia yang isinya orang baik sahaja, akan aman dunia ini manakala di dunia yang isinya orang jahat sahaja, sudah pasti rosak binasa dunia itu. Maka, Allah s.w.t menciptakan syurga dan neraka. Mengapa? Semua ini hanyalah ujian keimanan kita kepada Allah s.w.t semata-mata. Inilah tanda kekuasaan-Nya kepada kita, yang tidak dapat tidak, kita sahaja yang mampu membuat keputusan untuk diri kita sendiri. Continue reading “Apa Erti Saya Menganut Islam (Bahagian 5)”

Apa Erti Saya Menganut Islam (Bahagian 4)

Pilih yang mana?

Alhamdulillah, syukur tidak terhingga kepada Empunya Dunia, Pencipta segala-galanya, Allah s.w.t. Kehendak Allah s.w.t telah mengizinkan kita untuk terus hidup di atas dunia ini dengan nikmat-Nya yang besar. Nikmat yang tidak terhingga besarnya adalah nikmat Iman dan Islam, yang seharusnya di syukuri oleh kita, terutama bagi mereka yang beragama Islam untuk terus barada di atas jalan keimanan. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w, contoh tauladan dari segala aspek kehidupan kita. Tidak lupa juga kepada ahli keluarga Baginda s.a.w, para sahabat r.anhum, para tabi’in dan para tabi’ tabi’in yang memegang erat ajaran daripada Rasulullah s.a.w, sehinggalah ajaran tersebut sampai kepada kita. Ameenn. Continue reading “Apa Erti Saya Menganut Islam (Bahagian 4)”

Apa Erti Saya Menganut Islam (Bahagian 3)

Pilih mana satu? Ia menentukan jalan anda di dunia ini!

Alhamdulillah, syukur kita kepada Allah kerana masih memberi peluang kepada kita untuk terus hidup, merasa keindahan alam yang terbentang luas ini. Namun, dalam nikmat ini ada yang lebih besar lagi dari nikmat ini iaitu nikmat Islam dan Iman. Kedua-dua ini merupakan nikmat yang tidak dapat di atasi oleh mana-mana nikmat yang lain, kerana dengan nikmat inilah kita terus berada di landasan yang benar, yang sohih dan yang haq. Maka, sangat berhak bagi kita melahirkan rasa syukur atas kedua-dua nikmat ini. Continue reading “Apa Erti Saya Menganut Islam (Bahagian 3)”